• <

    >

    KitaKita diilhamkan untuk mempamerkan kecantikan, kepelbagaian dan daya kreatif kraftangan Malaysia.
  • <

    >

    Di KitaKita, kami berilham untuk mempromosi pembangunan dan pemuliharaan hasil kraf tempatan yang mapan.

    Kami juga menggalak inovasi dan daya kreatif di kalangan pengusaha tempatan. KitaKita bekerjasama secara erat dengan para pereka dan pengusaha untuk menghasilkan barangan yang baru dan menarik untuk menepati keperluan serta citarasa semasa.

    Kami menyokong hasil kerja pembuat kraf kecil-kecilan, samada di kawasan desa mahupun yang bekerja dari rumah di serata negara, sebagai penyumbang penting kepada kepelbagaian dan keindahan khazanah kraftangan Malaysia.
  • <

    >

    Setiap produk yang kami jual telah dipilih dengan penuh perhatian dan teliti, di antaranya 'masterpiece' yang hanya terdapat di kedai KitaKita.
    KitaKita adalah sebuah perusahaan yang bertanggungjawab sosial, oleh itu kami memperuntukkan 10% daripada keuntungan kami ke arah membantu para pereka serta pengusaha kraf tempatan. Ini tidak dapat kami lakukan tanpa sokongan anda. Adalah hasrat kami untuk memastikan anda gembira membeli-belah di KitaKita malah turut merasa bangga sebagai penyumbang kepada pembangunan serta kebajikan sektor kraf tanahair.

    Silalah ke kedai kami. KitaKita amat berpuas hati dengan kerja serta barangan di sini-Kami yakin anda jua begitu.
  • <

    >

    Samada buah tangan unik yang anda perlukan, hamper musim perayaan yang molek, mahupun cenderahati yang cantik dan sesuai untuk tetamu kehormat di majlis korporat, KitaKita dapat membantu. Kami turut menyediakan perkhidmatan tempahan eksklusif. Hubungi kami selanjutnya untuk perkhidmatan penghantaran dan dapatkan bagaimana KitaKita dapat menyerikan lagi hadiah anda secara percuma.
    Jika anda memerlukan tempat untuk sebarang majlis peribadi, mahupun jamuan harijadi hinggalah ke acara korporat, hubungi Siti Li Food Studio. Juadah tradisi yang enak dan tulen dalam suasana yang kontemporari dan selesa merupakan keistimewaan kami. Kami menerima permintaan untuk perhiasan serta menu beraneka pilihan.
    KitaKita mempunyai kepakaran dalam menggabungkan elemen-elemen tradisi serta ketukangan adiguru Malaysia dengan apa jua gaya rekabentuk, samada yang moden mahupun dari budaya yang berbeza. Kemahiran kami membolehkan gabungan dulu dan kini, timur dan barat hingga melahirkan rupa yang segar dan menarik, padan dan bergaya, melalui tempahan ekskusif dan susun atur ilham warisan kesenian tempatan.
  • <

    >

    Beralamat di salah sebuah kawasan sekitar Kuala Lumpur yang paling menawan, kedai kami menjual koleksi-koleksi yang merangkumi barang yang sesuai untuk perhiasan dalaman dan rumah, hadiah, serta gaya hidup semasa, setiap satunya kebanggaan hasil kraftangan Malaysia.
    Waktu Buka:
    Isnin - Sabtu: 11 pagi - 7 malam
    Siti Li Food Studio kini benar-benar memenuhi pengalaman ‘best of local’ bersama kami. Jika anda ingin menikmati juadah tempatan yang enak, dalam ruang santai yang turut mengemukakan koleksi pelukis tanahair, inilah tempatnya. Minum seketika sambil kedai kami menguruskan pembelian anda dengan balutan eksklusif, atau nikmati laksa kami sambil bersembang bersama teman. Makan-makan di KitaKita.

    Kuih-muih tradisi, nasi istimewa, kopi kampung dan jus segar antara hidangan yang disediakan. Hubungi kami untuk menu terkini. Siti Li Food Studio turut menerima tempahan untuk majlis. 03-20951323 untuk sebarang pertanyaan.
    temp
    temp
    temp
    temp
    temp
    temp
  • <

    >

    KitaKita sentiasa berminat untuk melihat dan mempamerkan produk kraf baru. Jika anda seorang rakyat Malaysia ataupun pemastautin yang menceburi bidang kraftangan tempatan yang turut mengutamakan kualiti, hubungilah kami.

    Kami menjalinkan kerjasama dengan semua pengusaha kraf di KitaKita secara berasingan, untuk memastikan kami dapat memenuhi permintaan dan keperluan semua produk dan jenama yang dipamerkan di kedai Kitakita. Persetujuan antara kami dan pengusaha kraf boleh dilakukan secara konsainan ataupun dengan pembelian pada harga borong.
  • <

    >

    Berlanggan dengan buletin kami melalui e-mel dan dapatkan berita terkini, tawaran istimewa serta acara dan keluaran eksklusif dari KitaKita.
  • <

    G 1.10, 1 Jalan Medan Setia
    Bukit Damansara
    50490 Kuala Lumpur
    Malaysia
    +603 20961323
    +603 20961325
    email@kitakita.my

    Waktu Buka:
    Isnin - Sabtu: 11 pagi - 7 malam
    (Tutup pada hari Ahad)